Wednesday, August 19, 2009

'Turning over' tidak lengkap

KUALA LUMPUR, Selasa - Mahkamah Tinggi di sini hari ini terkejut apabila seorang pegawai polis yang sedang memberi keterangan pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertempik sambil menumbuk meja di hadapan kandang saksi.

Deputi Superitendan Abdul Aziz Hussin dari Cawangan Khas (SB), bertempik 'Look Up' dan menumbuk meja di hadapannya ketika membuat demonstrasi bagaimana anggota SB menyoal 'sasaran' dalam proses 'mengubah pendirian.'

Semua yang berada dalam mahkamah termasuk Hakim Datuk S Augustine Paul dan peguam Raja Aziz Addruse, yang mengetuai panel sembilan peguam Anwar, kelihatan terkejut dengan demonstrasi itu.

Abdul Aziz berbuat demikian selepas diminta oleh Raja Aziz untuk menerangkan apa yang dimaksudkannya apabila berkata, "... soal-siasat berterusan dengan soalan yang bertalu-talu bagi membangkitkan suasana seolah-olah ancaman fizikal akan berlaku ke atas sasaran."

Demonstrasi itu dibuat selepas mendapat izin mahkamah semasa sesi soal balas selepas mahkamah bersidang semula pada jam 2.20 petang.

Selepas Abdul Aziz selesai membuat demonstrasi itu, Paul memberikan komen bahawa tindakan Aziz itu berjaya 'menakutkan' Raja Aziz dan ini menyebabkan mereka yang hadir dalam mahkamah ketawa.

Seisi mahkamah sekali lagi ketawa apabila Paul memberikan komen bahawa Raja Aziz sedang melakukan proses 'turning over' terhadap Abdul Aziz untuk mendapatkan jawapan yang dikehendakinya.

Berikut adalah urutan soal-jawab yang berlaku sehingga menyebabkan Hakim Paul membuat komen itu:

Raja Aziz: Jadi surat pertama yang ditanda tangani oleh Ummi Hafilda Ali tidak memuaskan?

Abdul Aziz: Ya, benar.

Raja Aziz: DSP sendiri sedar surat itu tidak memuaskan?

Abdul Aziz: Ya, benar. Saya sendiri sedar bahawa surat itu tidak memuaskan.

Raja Aziz: Jadi, apa awak buat dengan surat itu?

Abdul Aziz: Saya dah jawab soalan itu, Yang Arif.

Paul: Ini macam satu 'turning over proses' oleh mahkamah. Jika tidak, macam mana peguam bela mahu dapat jawapan yang dia mahu.

No comments:

Post a Comment