Monday, April 29, 2013

Fenomena baru di Johor!! #permas

Fenomena luar biasa terjadi di Sentosa Mall, Johor Bahru apabila lawatan Dato Seri Najib disambut oleh ribuan rakyat Johor terutamanya masyarakat cina. Mereka mengambil peluang untuk bertemu pemimpin no.1 secara dekat. Sokongan terhadap BN ini menafikan khabar angin DAP kononnya masyarakat cina menolak BN.  Turut sama, orang kuat JB Tan Sri Shahrir Samad dan calon DUN Permas kegemaran ramai Dato Seri Khaled Nordin.  JOHOR KEKAL MILIK BN!!

Sunday, April 28, 2013

DAP Johor haramkan undi kepada PAS! Ambik kau!!

Menangis pulak ler puak-puak PAS apabila Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata PAS tidak layak mendapat undi daripada masyarakat bukan Islam. Malah Norman secara terbuka, menuduh PAS merupakan rakan yang tidak amanah dan pada bila-bila masa sahaja boleh menikam belakang DAP.

Semuanya kerana ulasan Hadi Awang yang menyatakan, 'tidak tahu apa yang akan dilakukan kepada bukan Islam' sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 beberapa hari sahaja lagi.

Ketika PAS bersungguh-sungguh menaikkan bendera DAP bersama-sama bendera PAS di merata-rata tempat, DAP Johor pula mengambil sikap yang bertentangan. Bagi DAP Johor, PAS langsung tidak boleh dipercayai memandangkan PAS enggan tunduk dan menerima secara mutlak dasar-dasar serta manifesto Pakatan Rakyat.

PAS beberapa hari lepas, kembali bercakap tentang HUDUD dan menyatakan bahawa hukuman syariah itu akan dilaksanakan sekiranya PAS mendapat kuasa. Biarpun beberapa pemimpin tertinggi PAS cuba bertaqiyyah dan menyembunyikan hasrat mereka, sambil menyatakan bahawa PAS tidak akan melaksanakan HUDUD sekiranya berkuasa, nampaknya kenyataan keras Timbalan Mursyidul Am PAS, Harun Din Al-Hafiz nampaknya lebih dipercayai dan diterima oleh para pemimpin DAP.

Ini adalah kerana Harun Din jarang bercakap dan mengeluarkan kenyataan biarpun sebenarnya berbanding Nik Abdul Aziz, Harun Din dilihat lebih berwibawa dan lebih berilmu serta ramai pengikut. Harun Din juga lebih disegani oleh pihak lawan kerana keilmuwannya berbanding Nik Aziz yang sembrono dan kerap kali memperlihatkan ketokohannya sebagai BADUT dan PAK LAWAK AGAMA.

Norman Fernandez telah menyatakan bahawa PAS tidak akan mendapat undi daripadanya. Selaku orang nombor dua DAP Johor, Norman Fernandez pastinya mempunyai pengaruh serta pengikut yang tersendiri. Malah dia dengan beraninya menyatakan, dia tidak gentar dengan tindakan yang bakal diterimanya daripada DAP Pusat yang sehingga kini masih cuba berselindung demi mendapatkan undi daripada masyarakat Islam biarpun pada masa yang sama, melihat masyarakat Islam di negara ini sebagai GOLONGAN BODOH YANG MUDAH DIPERBODOHKAN, terutama sekali yang menjadi ahli PAS!!!

sumber dari : http://theflyingkick.blogspot.com

PRU 13 - Bagaimana Sokongan Pengundi Cina Terhadap DS Khaled Nordin di P...


APA YANG PAKATAN HARAM AMALKAN? DEMOKRASI ATAU DEM...




http://youtu.be/lJ4reQ_lS50


ihsan dari: parpukari

Khaled Nordin bikin DAP goyang di Johor! #permas #pru13

Pada hari selasa lepas, DS Khaled Nordin menghadiri majlis bersama masyarakat cina. Pada majlis tersebut beliau melahirkan rasa syukur diatas perpaduan rakyat di negeri Johor. Semua ini lahir dari sifat muafakat sesama kaum yang cuba diganggu gugat oleh pihak pembangkang. Di majlis ini juga, DS Khaled Nordin menerima penghargaan sebagai pengerusi UMNO/BN Pasir Gudang bagi menyampaikan watikah sahabat BN kepada NGO-NGO cina

Pengundi Cina dan Pengundi muda tak sokong BN?? #permas #pru13

Mungkin gambar ini menceritakan segala-galanya buat org di luar Johor... Jangan kita biarkan diri kita ditipu oleh DAP!

Pengundi di kawasan P.159 akui DS Khaled mudah didekati dan prihatin


Calon DUN Permas dekat dihati pengundi Johor


Penyokong setia di Pasir Gudang











Apa lagi DAP nak bohong kepada rakyat Malaysia??