Wednesday, August 19, 2009

Tren rampas dan ingkar

Sikap menentang ketua telah membawa kesan yang buruk dalam sejarah perjuangan UMNO sehingga diharamkan.

Bila UMNO (baru) dibentuk, sikap melawan Ketua berterusan bila Anwar menentang Ghaffar Baba untuk merampas jawatan Timbalan Presiden.

Kemudian kita dengar suara Anwar yang kini Timbalan Presiden menasihatkan pemimpin-pemimpin UMNO jangan menentang ketua. Ini boleh memecah belah perpaduan parti kerana wujud kem masing-masing.

Nada Anwar itu tidak lebih dan tidak kurang macam ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Sikpa Anwar itu boleh diibaratkan 'mabuk politik lebih parah daripada todi' sebagaimana Komentar A. Nazri Abdullah, Ketua Pengarang Berita Harian/Berita Minggu dalam keluaran 8 Februari.

Nazri menulis pertandingan dalam Bahagian UMNO membawa porak peranda. Malangnya pemimpin diperingkat bahagian mabuk politik dan jawatan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri, sehingga sanggup mengorbankan perpaduan parti.

Akhbar yang dipimpin Nazri menasihatkan Anwar jangan menentang ketua tetapi akhbar inilah yang mati-matian menyokong Anwar menumbangkan Ghaffar dulu. Kerana set yang dibuat oleh Anwar, maka turun kepada Zahid dan Siti Zaharah yang masing-masing menentang ketua untuk merebut jawatan.

Tidakkah Anwar, Zahid dan Zaharah tergolong sebagai orang yang mabuk todi? Dan tidakkah mereka yang harus dinasihatkan oleh Nazri supaya menukar mereka yang mabuk politik mejadi ahli parti yang siuman.

Berapa ramai mangsa diskriminasi media yang di bawah telunjuk Anwar ini menjadi korban? Semua orang tahu motif Anwar mewujudkan kem-kem sendiri daro peringkat bahagian, negeri dan nasional. Ini memudahkan Anwar, bila tiba masa akan menentang ketua untuk merebut jawatan Presiden.

Sebagai contonhya beliau bersumpah dengan berkata "saya menganggap Ghaffar sebagai bapa dan saya tidak tidak sekali-kali merelakan diri saya menentangnya, semata-mata untuk merebut jawatan Timbalan Presiden".

Kemudian apa yang sudah berlaku? Di mana Anwar mahu sorokkan sumpahnya? Ghaffar bukan sahaja dilanyak sehingga memusnahkan karier politiknya, tapi Anwar telah menghina seluruh anggota UMNO kerana Ghaffar merupakan satu-satunya pengasas UMNO sedangkan Anwar baru menjadi ahli UMNO dalam tahun 80an.

Sekarang Anwar berusaha mengumpulkan orang-orangnya, sama ada berbentuk mafia atau politiking atasan mengatur strategi untuk menentang Dr. Mahathir pula, bagi merebut jawatan Presiden UMNO dan menjadi Perdana Menteri.

Ini akan dilakukan oleh Anwar dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada tahun 1999. Sepatutnya Anwar melawan Dr. Mahathir pada tahun 1996 lagi selepas berjaya membentuk kem wawasan menentang Ghaffar pada tahun 1993.

Tetapi beliau terpaksa akur keputusan Perhimpunan UMNO yang menetapkan tidak ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Dalam ucapan dasarnya, Dr. Mahathir berterus-terang bahawa beliau sudah menduduki kerusi Perdana Menteri selama 15 tahun, tetapi kalau Anwar kalah dia tidak akan mencium kerusi PM buat selama-lamanya.

Anwar sentiasa berpendapat bahawa strateginya boleh mendatangkan hasil apabila Zahid Hamidi dan Siti Zaharah memenangi kerusi Pemuda dan Wanita, tetapi harapannya kian meleset apabila Dr. Mahathir tidak melantik mereka sebagai Menteri Kabinet.

Dr. Mahathir lebih memahami senario politik di Malaysia. Bagaimana seorang tokoh itu berpengaruh sekalipun tanpa dokongan kuasa maka kedudukan mereka tidak akan terjamin.

Anwar kelihatan kuat bukanlah kerana kekuatan pengaruhnya tetapi kuasan yang diberi oleh Perdana Menteri sendiri.

Lihat sekarang kedudukan Anwar begitu rapuh sebagai Menteri Kewangan bila Dr. Mahathir menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi dengan Daim selaku Pengarah Eksekutifnya. Segala fungsi kewangan negara adalah ditentukan oleh Daim bukan Anwar lagi.

Perangai yang buruk kepada Anwar yang sukar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara ialah menggunakan isu skandal seks untuk memerangkap musuh yang ditakutinya.

Contohnya Ghaffar Baba dan Rahim Thamby Chik menjadi mangsa yang diada-adakan dengan menggunakan media di bawah telunjuknya sebagai mencanangkan propaganda sehingga orang yang tidak berdosa, orang yang tidak pernah melakukan perbuatan tersebut dikutuk, dikecam habis-habisan.

Rakyat bukan bodoh, mereka akhirnya mengetahui taktik ala mafia ini bagi menjatuhkan seseorang pemimpin.

Sekarang ini orang takut untuk berdamping dengan Anwar kerana akan dicap sebagai barua dan tali barut mafia.

Bila skandal seks dengan isteri orang yang melibatkan Anwar terbongkar, ramai yang terkejut. Tetapi apabila skandal homoseks dengan pemandu Anwar terbongkar, mereka mula percaya bahawa Anwar sudah menerima pembalasan dari Allah.

Ahli veteran UMNO, Allayarham Hi. Sulaiman Palestine yang merupakan guru kepada Anwar tidak menaruh harapan bahawa Anwar boleh menjadi Perdana Menteri kerana sikap yang memijak kepala kawan untuk naik.

Hi. Sulaiman dua minggu sebelum meninggal dunia ada memberi pandangan bahawa Sanusi Junid -Webmaster merupakan tokoh yang harus menjadi Perdana Menteri selepas Dr. Mahathir.

Sanusi mempunyai perwatakan pemimpin yang tinggi dengan sikap yang penuh sabar dalam menghadapi satu-satu situasi dan tidak memijak kepala kawan untuk naik.

Sebagai rakyat, kita mahu ciri-ciri pemimpin seperti Sanusi yang boleh menjadikan negara makmur hidup aman damai dan tidak rasuah.

oleh Khalid Jafri

No comments:

Post a Comment