Wednesday, August 19, 2009

Surat Ummi kepada PM

5hb Ogos 1997

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Jabatan Perdana Menteri Kuala Lumpur

PERIHAL SALAHLAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI


Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya Ummi Hafilda Bt. Ali ingin mengemukakan laporan khas mengenai salahlaku Timbalan Perdana Menteri.
YAB, laporan ini dibuat berdasarkan maklumat dan bukti yang telah kami perolehi sepanjang tempoh penyiasatan.

Ianya dibuat bersama dengan persetujuan kami kelima-lima beradik iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd. Azman Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali. Bersama-sama dengan ini juga disertakan dengan lampiran khas mengenai makluman lengkap sebagai pertimbangan untuk pihak YAB.

Segala perhatian pertimbangan dan tindakan oleh YAB dalam menangani masalah ini sangatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Bagi kami YAB adalah tokoh pemimpin terulung negara yang kami cukup kagum dan hormati.
Sekian. Terima kasih.


t.t
Ummi Hafilda Bt. Ali

No comments:

Post a Comment