Berita Harian, 1 November 1999
Begitu juga, disebabkan kedudukan Abdul Murad di Bank Negara Malaysia sebelum ini begitu penting dan beratnya dakwaan yang dibuatnya itu, BPR tidak boleh menunggu masa yang terlalu lama untuk menjalankan siasatan. Tambahan pula, maklumat yang diberikannya itu adalah dalam bentuk akuan bersumpah. Sebagaimana dijelaskan oleh Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Zaki Husin, hampir setiap perenggan dalam akuan bersumpah itu adalah maklumat mengenai rasuah. Dalam sesuatu akuan bersumpah, setiap dakwaan perlu dibuat dengan rasa penuh tanggungjawab. Oleh itu, pengakuannya itu perlu ditangani segera.
Rakyat akan mempersoalkan BPR jika tidak ada siasatan segera dijalankan. Rakyat seharusnya boleh membezakan antara dakwaan rasuah yang dibuat oleh sesetengah pihak bermotif politik dengan dakwaan yang dilakukan oleh orang yang terbabit secara langsung dalam urusan dana berkenaan. Abdul Murad mengaku beliau menerima beberapa arahan daripada Anwar untuk menyelesaikan masalah beberapa individu sebagaimana disebut dalam akuannya. Berbeza dengan dakwaan pihak tertentu lain yang hanya membuat dakwaan tetapi mendapat maklumat daripada sumber yang tidak jelas. Ini menyebabkan BPR tidak mempunyai asas yang kuat untuk menjalankan siasatan, apatah lagi jika tuduhan-tuduhan dibuat atas pentas politik.
Berhubung dakwaan Abdul Murad itu, BPR sudah pun membuat laporan polis dan dengan ini, siasatan dianggap sudah bermula. Abdul Murad pastinya orang pertama yang akan mempertahankan pengakuannya. Pengakuannya akan lebih jelas jika beliau dapat mengemukakan bukti, umpamanya segala dokumen berhubung urusan dengan bank terbabit. Mereka yang disabitkan dengan tuduhan itu juga seharusnya memberi kerjasama untuk memudahkan tugas BPR.
Satu perkara yang agak jelas Abdul Murad dan Anwar mempunyai hubungan yang rapat, sekurang-kurangnya ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan yang sering berurusan dengan Bank Negara di mana Abdul Murad bertugas. Abdul Murad sudah pun menyatakan beliau diperalatkan.
Apa pun, rakyat seharusnya menunggu keputusan siasatan tanpa perlu membuat andaian sendiri. Disebabkan ini adalah perkembangan dan maklumat baru, parti-parti pembangkang juga tentunya mahukan siasatan dijalankan segera. Tidak perlulah mempertahankan mana-mana individu sekiranya mereka sendiri mahu menuntut keadilan. Sebelum mempertahankan individu yang didakwa Abdul Murad itu, adalah lebih baik mereka mengikuti perkembangan siasatan tanpa perlu mengeluarkan kenyataan berbau politik. Ini adalah soal undang-undang yang perlu diselesaikan mengikut undang-undang.
Malangnya, sebaik saja pendedahan Abdul Murad itu, sudah kedengaran pihak terbabit mengatakan segala-galanya dirancang oleh kerajaan. Kenyataan seperti ini adalah "jalan keluar" untuk mencemuh kerajaan. Mereka seolah-olah mengajak rakyat supaya jangan percaya kepada pengakuan Abdul Murad itu. Mereka seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada Abdul Murad untuk membuktikan kenyataannya. Tindakan mereka terbabit adalah tidak bertanggungjawab dan sengaja tidak mahu keadilan dilaksanakan di negara ini. Apa pun, perkembangan ini amat menarik kerana ia mampu membetulkan kekusutan yang berlaku sebelum ini terutamanya mengenai kebenaran kenyataan Abdul Murad itu.
Agen Judi Bola
ReplyDeleteAgen Judi Online
Agen Judi
Agen Bola
Agen Sbobet
Agen Bola Ibcbet
Agen Casino Online
Agen Terpercaya
Prediksi Akurat
Prediksi Bola